Saturday, 27 July 2013

Qaryah Ramadhan...keRinduan semakin terasa...

Alhamdulillah, pada Ramadhan lepas (tahun 2012), saya berkesempatan untuk melawat negeri yang digelar "serambi mekkah", kelantan. lawatan saya pada mulanya hanya bertujuan untuk menemui sahabat2 di kelantan. Namun saya mula tertarik dengan Program Qaryah Ramadhan di sana apabila melihat penyarah saya, Cikgu Haizan Runsah menceritakan pengalamannya dalam menyertai Qaryah Ramadhan pada 2011 dalam blognya.

Setibanya di sana, saya mula merasai keindahannya, terasa amat bertuah apabila berkesempatan untuk melawat kesana.Dengan adanya solat terawikh yang meriah, yang diimani oleh 2 orang syeikh Alhafiz dari Tanah Arab, bacaannya yang sangat merdu, dengan bacaan qiraatnya yang bertukar2 pada setiap rakaat..Allah, Allah,indahnya suasananya. Seusai buat terawikh 8 rakaat, ada tazkirah yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang berbeza pada setiap malam. Mereka adalah orang yang terkemuka di Malaysia bahkan ada yang terkemuka di Dunia. Solat terawikh dilakukan 8 rakaat selepas isyak.

Seusai terawikh 8 rakaat, syeikh akan mengijazahkan bacaan al-quran kepada para jemaah.biasanya juz amma. Alhamdulillah, pada tahun lepas dijazahkan Ratib Al-hadad daripada syeikh dari yaman.....

Dengan Tadarrusnya yang bermula pada jam 12a.m,dan dengan pelbagai aktivi2 yang menarik yang disediakan, terasa hati ini diberi makan dengan makanan rohani yang sangat mengenyangkan. bermula 3 pagi, solat sunat terawikh disambung oleh Imam dan dibuat secara berjemaah sehingga 20 rakaat.

Tahun lepas terdapat program perkumpulan para Ulama' dan pelajar Pondok nusantara di persekitaran Qaryah Ramadhan. Ianya dihadiri oleh ramai Ulama'2 besar di Nusantara khususnya tanah melayu, indon, thailand, dll. 

Disinilah saya mula mengenali qasidah seperti qasidah ya Hanana, Ya Badrotin, Ya Ghahami dan lain2.. Masya Allah, sangat mengasyikkan keadaan disana..

Qaryah Ramadhan merupakan Program yang selalu dan pasti akan diingati sepanjang hidup bila tibanya bulan ramadhan. Kenapa Qaryah Ramadhan? takde tempat lain ke? Ya dan Ya, Qaryah Ramadhan, Kerana Qaryah ni telah banyak memahitkan kenangan yang terindah di hatiku.



                                                gambar yang diambil daripada laman internet














kalau datang ke kelantan...jangan lupa ke Qaryah Ramadhan, Pondok Pasir Tumboh, Makan "colek" (rojak buah) lepas terawikh, dll.


No comments:

Post a Comment