Gambar sekadar hiasan
Pesanan Dari Ustazah Hjh Siti Khadijah Din
Cara-cara sembahyang yang betul:
1. Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri
kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak untuk diberi peluang menghadap yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak untuk diberi peluang menghadap yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.
2. Membangkitkan rasa BERTUHAN.
Betapa kita diciptakan oleh yang Esa untuk
beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai
seorang Islam, mempunyai Tuhan yang begitu menyayangi hamba2nya yang hina
ini lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya. Setelah dilakukan kedua2
perkara ini, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir.
Berniatlah dalam keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang,
telekung dan sebagainya. Fokus.
Gambar sekadar hiasan
Rupa Sembahyang Yang
Betul:
1)
Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tangan sehingga ke paras dada. (bukan telinga).
i. Meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tangan sehingga ke paras dada. (bukan telinga).
Perlu diingatkan,
kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan.Syaitan2 yg berupa kambing hitam
gemar bergayut2an di celah lengan (bawah ketiak) untuk mengganggu solat kita,
oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
2) Qiyyam - cara qiyyam yang betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.Kaki hendaklah rapat dan ibu jari kaki lurus menghadap kiblat.

3) Rukuk - peralihan dari posisi
qiyyam kepada rukuk dilakukan dengan penuh tertib dan sopan. Kedua2 tangan
melurut peha dengan perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan
kita di dalam posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke
badan dan sudut tepat.
4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa
membaca "Sami'allahuliman hamidah..." dan mengangkat tangan posisi takbir
ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"
5) Sujud - sujud dari segi istilah
ialah "penyerahan diri yang tertinggi".
Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tangan dan di situlah dahi diletakkan. Jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur (bengkok) sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur (bengkok) agar ibu jari menghadap kiblat.
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur (bengkok) agar ibu jari menghadap kiblat.
7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar
sebelum bangun, bukan dalam keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi
kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau
kedua2 tangan.
8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada
ketika menyebut "....illallahh..." ( "laa ilaa ha
ILLALLAH") . Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.
9) Salam - tidak perlu ditundukkan
muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke
belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika
menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan
kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu
kiri dan sebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk
ialah dengan melapikkan papan punggung dengan kedua2 kaki. Tangan
diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana
sekiranya kita berdoa dengan tangan yang tinggi dan mendongak ke langit,
itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yang Esa.
1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yang jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yang tidak jarang (antara caranya ialah dengan menggunakan 2 lapis kain). Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dengan berbaju sleeveless di dalam telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yang malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja. Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yang dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yang lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.
3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Ada kalanya, bagi mereka yang rambut panjang, jika tidak ditutup betul2 dengan serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.
Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia
adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat
kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik.Saya akui, terasa agak
berat. Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini
memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam untuk
membeli telekung yang lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika
solat saya gagahkan juga.Yang penting, saya mencuba seboleh2nya untuk
mendapatkan solat yang diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk
solat, saya masih merangkak. Yang penting, kita kena ingat, inilah
sebahagian persediaan kita untuk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jangan pula
nanti kita dihisab pula kerana solat yang tak sempurna. Biar susah
sekarang, jangan susah di alam baqa'.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. **
Gambar sekadar hiasan

.jpg)

No comments:
Post a Comment