Friday, 7 June 2013

Pejam celik pejam celik, dah nak habis 1 tahun aku bergelar seorang mahasiswa...
Dah besar rupanya aku ni..Pengalaman setahun jagung ini telah mengajarku banyak erti mengenai kehidupan sebagai seorang mahasiswa.

Semenjak aku mula masuk ke UKM pada @ September 2012, aku mula belajar sikit demi sedikit mengenai kehidupan. "Umpana diberi nafas baru", itulah ungkapan bagi seorang insan seperti aku ini, kerana sebelum ini hidup aku penuh dengan kekacauan dan kekeliruan.

Semenjak semester pertama lagi aku mula giat berpesatuan. Pada mulanya aku menjadi ahli sebagai kelab keusahawanan Kolej BMART, sebuah kedai runcit yang terletak di kolej Aminuddin Baki, aku diajar bagaimana untuk menjalankan perniagaan secara runcit, bagaimana untuk melayan karenah pelanggan, menarik hati pelanggan, mengira keuntungan, membuat perancangan kewangan, belajar mengenai peralatan teknikal seperti mesin fotostat, mesin printer, laptop, dan lain-lain lagi.

Dalam masa yang sama, aku juga terlibat secara langsung dengan Sekretariat Keusahawanan Kolej Aminuddin Baki, sekretariat tersebut sangat aktif dalam bidang keusahawanan di kolej, Kami pernah menganjurkan aktiviti Seperti minggu keusahawanan, dll, dan yang paling besar ialah program Simposium Keusahawanan 2013 dimana dalam program tersebut aku ditugaskan sebagai Ketua post Publisiti..Kalian pernah terdengar mengenai Catur Bestari? ha, itulah game kesukaanku, di sekretariat inilah aku mula belajar untuk bermain catur bestari ini, sehingga aku terpilh untuk mewakili ukm dalam game catur bestari akan datang.insyaAllah.

<Bersambung>

No comments:

Post a Comment